Wednesday, January 30, 2013

[salam untuk semua] #1

YES!

Assalamualaikum, 

Setelah lama menjeruk blog ni, baru hari ni rasa nak menulis sikit. Hehehe.. Salam untuk semua yang sudi membaca ya. Sebenarnya, semua catatan tahun-tahun yang lepas telah saya padamkan kerana saya rasa arah tujuan penulisan saya telah berbeza. Ada orang kata, rugi sebab sejarah penulisan dah hilang, tapi saya rasa tak rugi, sebab perubahan itu perlu jika ia untuk kebaikan. :) 

Jadi, dengan semangat baru untuk menulis, saya menggariskan beberapa topik penulisan yang akan dipaparkan untuk bacaan kawan-kawan sekalian. 
1) cerita jalan-jalan ke tempat baru dan maklumat berguna untuk panduan semua 
2) cerita semasa yang saya rasa sesuai untuk dibaca oleh semua 
3) cerita / maklumat umum yang berguna untuk semua 

Oleh itu, sebagai permulaan, saya dah kemaskini pautan link di sebelah kanan (short cut) untuk Semakan Status Perjalanan Ke Luar Negara yang saya rasa penting untuk kita tahu. Sebab sebelum ni kan ada kawan-kawan yang dinafikan hak perjalanan ke luar negara dek penangan PTPTN. :) 

Semoga ia berguna untuk semua! Dan jangan lupa, pastikan tempoh sah pasport anda melebihi 6 bulan pada tarikh kembali ke Malaysia! 


Salam.

No comments: