Thursday, January 31, 2013

[jalan-jalan ke Hatyai] #2

Salam guys,

Hari ni saya nak share itinerary ringkas kalau kawan-kawan nak ke Hatyai. Trip ni saya selalu buat hujung minggu je, so tak payah nak ambil cuti tahunan pun. :)
Hope it helps.


Jumaat, 9.20pm
  • Tren Senandung Langkawi (KL Sentral – Hatyai)
  • RM60 – tempat tido bawah
Sabtu, 10.30am (Thai time onwards)
  • Sampai Hatyai Junction Train Station
  • Jalan kaki je g Lee Gardens Plaza Hotel and check in at 11.00am (boleh reserve bilik through email rsvn.leeplaza@gmail.com je, RM130/night with breakfast – untuk 2 org, byr upon check out, dia akan hold passport and issue a receipt yg kita bawa bila g jln2)
Sabtu, 12.00pm
  • Ambil tuk2 depan hotel untuk ke pasar. Cakap ‘pasar’ je kat driver tuk2 tu. 20Baht seorang.
  • Di tingkat 3 pasar ade deretan kedai makan Islam, sedap2 belaka. Sebelah tu, ada bazaar utk shopping baju dll
  • Jam 2.30pm balik  hotel, naik tuk2 depan pasar tu je.
Sabtu, 3.00pm
  • Turun bawah, tepi hotel ade deretan tempat massage. Suggested: Budsaba Massage (owner nama Michael – Malaysian Chinese – fasih cakap Melayu). Masseur sini mmg terlatih, dan foot massage merangkumi urut badan skali..250Baht for 1 hour.
Sabtu, 4.15pm
  • Balik hotel untuk mandi (kalau tk selesa) dan siap2 untuk ke floating market.
Sabtu, 4.30pm
  • Ambil tuk2 depan hotel, cakap Khlong Hae Floating Market, pepandai la tawar ye, selalunya 400Baht (untuk 1 tuk2) dan dia akan tunggu d situ 2 jam (kene set time dengan driver lah), then hantar balik ke hotel.
Sabtu, 7.30pm
  • Dah sampai hotel. Lepak2, then leh turun depan hotel, ade jual makanan mcm2: udang galah goreng, pulut ayam, pulut mangga, pulut durian, dimsum etc.
Ahad, 7.00am
  • Breakfast d hotel
Ahad, 10.00am
  • Check out and jalan kaki ke tempat bas (Davis Tour atau Indah Fam) – dlm 200m dari hotel je. Tiket bas boleh beli online je, senang. Bus jam 10.30am.
Ahad, 9.00pm (Malaysia time)
  • Sampai Puduraya


Have fun!

Salam.


Wednesday, January 30, 2013

[salam untuk semua] #1

YES!

Assalamualaikum, 

Setelah lama menjeruk blog ni, baru hari ni rasa nak menulis sikit. Hehehe.. Salam untuk semua yang sudi membaca ya. Sebenarnya, semua catatan tahun-tahun yang lepas telah saya padamkan kerana saya rasa arah tujuan penulisan saya telah berbeza. Ada orang kata, rugi sebab sejarah penulisan dah hilang, tapi saya rasa tak rugi, sebab perubahan itu perlu jika ia untuk kebaikan. :) 

Jadi, dengan semangat baru untuk menulis, saya menggariskan beberapa topik penulisan yang akan dipaparkan untuk bacaan kawan-kawan sekalian. 
1) cerita jalan-jalan ke tempat baru dan maklumat berguna untuk panduan semua 
2) cerita semasa yang saya rasa sesuai untuk dibaca oleh semua 
3) cerita / maklumat umum yang berguna untuk semua 

Oleh itu, sebagai permulaan, saya dah kemaskini pautan link di sebelah kanan (short cut) untuk Semakan Status Perjalanan Ke Luar Negara yang saya rasa penting untuk kita tahu. Sebab sebelum ni kan ada kawan-kawan yang dinafikan hak perjalanan ke luar negara dek penangan PTPTN. :) 

Semoga ia berguna untuk semua! Dan jangan lupa, pastikan tempoh sah pasport anda melebihi 6 bulan pada tarikh kembali ke Malaysia! 


Salam.